PETALING JAYA: Seramai 12,500 murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) di Selangor akan menerima vaksin influenza secara percuma bermula minggu hadapan bagi meningkatkan perlindungan kesihatan kanak-kanak berisiko. EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, pelaksanaan program itu melibatkan peruntukan RM1 juta dan memberi tumpuan kepada empat daerah mencatatkan kes influenza tertinggi iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat. Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Selcare Management Sdn Bhd…








