KOTA KINABALU: Seorang saksi kanak-kanak memberitahu pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir pernah mengadu dengannya bahawa dia diganggu oleh seorang pelajar lelaki tingkatan tiga. Ujar saksi kanak-kanak ke-21 itu, dia dan Zara Qairina pernah terserempak dengan pelajar lelaki yang dimaksudkan ketika hendak pergi prep petang (sesi mengulangkaji). Tambahnya, pelajar lelaki itu telah memanggil Zara Qairina dan ketika itu remaja terbabit meminta pertolongannya. “Saksi beritahu Zara kata tolong aku, tolong aku…