Zahnita umum tutup bakeri lepas lima bulan operasi - Utusan Malaysia

Zahnita umum tutup bakeri lepas lima bulan operasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Model dan usahawan, Zahnita Wilson, 40, mengumumkan menutup bakeri di Seri Kembangan yang diusahakannya sejak lima bulan lalu.

Berita itu dikongsikan sendiri model itu menerusi Instagram namun tidak menjelaskan secara terperinci sebab penutupan kedainya itu.

“Saya menekan butang panik sekali lagi kerana saya tidak fikir boleh melakukannya. Saya tak mampu teruskan lagi perniagaan ini.

“Saya berhasrat menutup kedai dan kembali sebagai mengusahakan jualan dari rumah,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik pada Isnin.

Tambah Zahnita, beliau sudah lakukan yang terbaik namun tidak mampu bertahan selepas dilanda banyak cabaran dan menguruskan semua sendirian.

“Perjuangan ini amat berat sebenarnya. Terlalu banyak yang perlu saya uruskan buat masa ini,” katanya.

Bagaimanapun, model itu berterima kasih kepada peminat yang menyokong perniagaannya selama ini termasuklah peminat pai buatannya, Zahnita Humble Pie.

“Terima kasih kepada semua pelanggan yang menyokong saya selama ini. Saya sangat menghargainya,” katanya.

Terdahulu, selepas mengusahakan perniagaan pai dari rumah, Zanita meluaskan perniagaan dengan mengusahakan sebuah kedai bakeri bersama kakaknya.

Kedai tersebut mula beroperasi pada Jun lalu.

Utusan Malaysia telah cuba menghubungi Zahnita untuk bertanya lanjut namun tidak berjaya kerana panggilan tidak diangkat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN