Warga Indonesia maut dihempap jentera pengorek

Warga Indonesia maut dihempap jentera pengorek

ehati
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seorang lelaki warganegara Indonesia maut selepas dihempap jentera pengorek dipandunya ketika sedang melakukan kerja pembersihan di kebun di Kampung Ulu Jelebu, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintenden Azizan Said berkata, pihaknya menerima aduan mengenai insiden tersebut kira-kira pukul 5.35 petang dan siasatan awal di tempat kejadian mendapati excavator berkenaan telah dipandu oleh seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 31 tahun.

Menurutnya, mangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan kebun dan telah gagal mengawal ketika mendaki bukit menyebabkan excavator terbalik dan telah tersepit di bawah kenderaan tersebut.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu jentera berat berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan hasil daripada bedah siasat yang telah dijalankan semalam di Hospital Jelebu mendapati sebab-sebab kematian adalah disebabkan pelbagai kecederaan diakibatkan oleh kemalangan industri,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN