Wanita maut, anak parah dirempuh SUV ketika melintas jalan

Wanita maut, anak parah dirempuh SUV ketika melintas jalan

ABDUL ROZAK MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Seorang wanita warga asing maut manakala anak perempuannya yang berusia dua tahun pula parah selepas dirempuh oleh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Sultan Azlan Shah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.40 malam ketika kedua-dua mangsa cuba untuk melintasi jalan tersebut dari arah kiri ke sebelah kanan jalan.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, wanita terbabit yang berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah manakala anak perempuannya pula dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Berdasarkan siasatan, pemandu SUV terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun dikatakan sedang memandu dari rumahnya di Sungai Dua menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) sebelum terlanggar mangsa ketika melalui jalan tersebut.

“Pemandu itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya yang memaklumkan, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN