Wanie Ooi mahu terus bekerja, bagi wang kepada ayah setiap bulan - Utusan Malaysia

Wanie Ooi mahu terus bekerja, bagi wang kepada ayah setiap bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon meningkat naik, Wanie Ooi, 30, memaklumkan tidak merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kata Wanie, tumpuannya ketika ini lebih kepada bekerja dalam bidang hiburan untuk membantu keluarga.

“Pelajaran memang penting, tapi selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tidak berminat sambung ke peringkat lebih tinggi.

“Minat saya lebih kepada bidang nyanyian, jadi saya nak teruskan jadi penyanyi.

“Yang penting saya bekerja dalam bidang yang saya minat dan bagi ayah saya wang setiap bulan,” katanya.

Wanie berkata demikian ketika ditemui pada sesi santai dan mesra bersama pengarah dan pelakon filem Manrobbuka semalam.

Wanie dalam masa yang sama memaklumkan enggan melayan pandangan negatif orang mengenai pilihannya untuk tidak menyambung pelajaran dan terus mengejar cita-cita sebagai anak seni.

“Saya setuju dengan pandangan tak berpelajaran tak semestinya tak boleh berjaya.

“Dan saya tak perlu layan mulut orang, nak tutup memang tak boleh. Yang penting saya jadi diri sendiri, terus melakukan perkara yang saya minat dan elakkan perkara negatif.

“Saya anggap rezeki saya sudah ditentukan dalam dunia hiburan. Dan saya yakin masa depan terjamin kalau saya pandai menguruskan kewangan dan konsisten menabung,” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN