KUALA LUMPUR: Video aksi spontan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menari sehingga meraih hampir satu bilion tontonan dalam media sosial merupakan publisiti percuma buat Malaysia. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, ia secara tidak langsung memperkenalkan negara ke seluruh pelosok dunia sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026. “Video Trump berjoget berjaya meraih hampir satu bilion tontonan dan ia merupakan publisiti percuma ketika negara bakal menerima…










