BUTTERWORTH: Kementerian Pertahanan bekerjasama dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) untuk menapis veteran tentera berkelayakan untuk diserap ke dalam agensi berkenaan. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, bekas anggota Grup Gerak Khas (GGK) akan diberi keutamaan dalam proses penyenaraian calon veteran dalam soal tersebut. “Keutamaan kita sememangnya kepada anggota GGK atau komando kerana mereka mempunyai kemahiran dan disiplin tinggi yang sesuai dengan keperluan AKPS. Walaupun pemilihan dibuat AKPS, kementerian…










