PETALING JAYA: Pengurusan universiti diberi kuasa ‘autonomi’ untuk menentukan sesebuah kursus wajar terus ditawarkan atau dihentikan berdasarkan kajian kebolehpasaran yang dilaksanakan sendiri oleh institusi pengajian tinggi (IPT) Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, pengurusan universiti diberikan fleksibiliti untuk menentukan perkara itu kerana lebih arif tentang data kemasukan, hasil kebolehpasaran dan lain-lain. Pada masa sama, katanya, sekiranya pengurusan universiti mendapati sesebuah kursus itu…










