DALAM satu majlis pada Sabtu lalu, Mohd. Shukri Ramli seperti biasa tenang menjawab soalan demi soalan pemberita yang menuntut penjelasan mengenai isu audio tular mirip suara beliau yang didakwa berunsur fitnah dan penghinaan terhadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid. Menteri Besar Perlis itu tidak mengesahkan sama ada audio itu tulen atau sebaliknya dan menyerahkan kepada pihak berkuasa…