Tunggu anak besar sikit saya kembali berlakon - Intan Najuwa

Tunggu anak besar sikit saya kembali berlakon – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Menjadi suri rumah sepenuh masa adalah kebahagiaan sebenar saya.”

Demikian pengakuan pelakon, Datin Intan Najuwa yang kini selesa menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu terhadap suami, Datuk Ahmad Azraf Azman serta anaknya, Imane Lunara sepenuh masa.

Menurut Intan, kehidupannya juga jauh lebih tenang apabila dapat meluangkan masa bersama keluarga tersayang meskipun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen.

“Saya suka kehidupan saya sekarang. Tenang, sederhana dan penuh kasih sayang,” katanya di TikTok.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Jesnita itu dilihat tenang melakukan rutin hariannya dalam menyediakan keperluan suami dan anaknya yang kini berusia 10 bulan.

Bagai tidak gentar meninggalkan kehidupan sebagai selebriti, Intan tegas memaklumkan dirinya mahu fokus membesarkan puteri kesayangannya dan bakal kembali aktif berlakon apabila tiba masanya nanti.

“Anak saya kecil lagi. Tak sanggup mahu tinggalkan dia. Tunggu dia besar sikit saya kembali berlakon,” katanya.

Intan berkata demikian ketika membalas komen seorang peminat yang meluahkan kerinduannya untuk melihat aktres itu kembali membintangi naskhah-naskhah yang berkualiti.

Di ruangan yang sama, sesetengah para ibu yang meluahkan rasa kagum dan cemburu dengan kehidupan pelakon itu yang dikatakan mudah kerana memiliki pembantu yang ramai.

“Memanglah, Datin ada pembantu. Macam saya ini sentiasa letih. Apa pun saya gembira untuk Datin. Rezeki Datin kan,” komen seorang netizen.

“Suri rumah sepenuh masa dengan pembantu kiri kanan memang syok. Datin pula cantik. Saya pun mahukan kehidupan seperti itu tapi apakan daya hari-hari menyinga,” kata seorang warganet.

Untuk rekod, Intan dan Ahmad Azraf Azman mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN