Tujuh PPS masih dibuka walaupun cuaca dilapor kembali cerah

Tujuh PPS masih dibuka walaupun cuaca dilapor kembali cerah

KAMPUNG Cegar di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dilaporkan antara lokasi 'hotpsot' yang sering digenangi air setiap kali berlakunya banjir yang berpunca daripada hujan lebat.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sebanyak tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah di Pulau Pinang setakat pukul 9 pagi tadi bagi menempatkan seramai  1,049 mangsa banjir daripada 292 keluarga.

Menurut laman sesawang info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah itu empat buah PPS dibuka di daerah Seberang Perai Utara (SPU) untuk menempatkan seramai 781 mangsa daripada 214 keluarga.

“Bagi daerah Seberang Perai Tengah (SPT), dua PPS masih dibuka (234 mangsa daripada 68 keluarga) manakala satu lagi PPS dibuka di daerah Barat Daya untuk menempatkan 34 mangsa daripada 10 keluarga,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, cuaca cerah sejak awal pagi hari ini termasuk di Seberang Perai menyebabkan air mulai surut di kebanyakan tempat.

Bagaimanapun, beberapa kawasan dilaporkan masih digenangi air termasuk di sekitar Tasek Gelugor serta beberapa kawasan tertentu di Balik Pulau setakat pagi ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN