KUALA LUMPUR: Sebanyak RM6 billion diperuntukkan kerajaan bagi memperoleh aset strategik bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) termasuk sistem pertahanan udara jarak sederhana (MRED) dan dua buah kapal Multi Role Support Ship (MRSS).
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu 10 kendaraan taktikal untuk Batalion Malaysia (MALBATT) di bawah misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga turut dilaksanakan.
Malah katanya, kerajaan akan menambah sistem pertahanan udara jarak dekat (SHORAD) dan sangat dekat (VSHORAD) dalam peruntukan tersebut.
“Perolehan ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan untuk memastikan kesiapsiagaan ATM berada pada tahap tertinggi, khususnya dalam menghadapi cabaran keselamatan serantau dan global yang semakin kompleks.
Selain itu, langkah ini juga menyokong industri pertahanan tempatan melalui pemindahan teknologi dan kerjasama strategik dengan pengeluar antarabangsa. – UTUSAN










