Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini

Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijadual tiba di Malaysia Ahad ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pengesahan kehadiran Trump telah dimaklumkan secara rasmi semasa Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat lalu.

“Sah, Donald Trump akan tiba di Malaysia pada 26 Oktober dan sekiranya terdapat sebarang perubahan, perkara itu akan dimaklumkan oleh Kementerian Luar,” katanya ketika sidang akhbar selepas meninjau Pusat Media Antarabangsa (IMC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC), hari ini.

Bagaimanapun, Fahmi tidak mengulas lanjut mengenai butiran lawatan sulung Trump ke Kuala Lumpur sejak beliau kembali menduduki Rumah Putih bagi penggal kedua pada November lalu.

Semalam, Trump dilapor mengesahkan secara terbuka rancangan lawatannya ke Malaysia dalam masa terdekat, namun tidak menghuraikan lebih lanjut mengenai jadual atau agenda pertemuannya di negara ini.

Sidang kemuncak bertemakan Keterangkuman dan Kemampanan itu akan menghimpunkan pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota ASEAN serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand dan India.

Sidang kali ini dijangka menjadi acara terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak kali pertama diadakan pada 1976 sekali gus mencerminkan keyakinan dan minat tinggi masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan Malaysia sebagai tuan rumah. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN