Tom Cruise dan Ana de Armas putus cinta? - Utusan Malaysia

Tom Cruise dan Ana de Armas putus cinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan, pasangan Tom Cruise dan Ana de Armas,dilaporkan berpisah secara baik namun tetap kekal sebagai rakan rapat.

Hubungan antara pelakon Top Gun dan heroin Bond berkenaan mulai renggang selepas mereka sama-sama menyedari bahawa ‘percikan cinta antara mereka sudah pudar’.

Tom, 63, yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Nicole Kidman, dikatakan bersikap matang dan tenang menghadapi perpisahan itu.

Sementara Ana, 37, juga dilaporkan tidak menyesal, malah berpendapat hubungan mereka telah sampai ke garisan penamat yang sepatutnya.

Menariknya, walaupun hubungan cinta mereka tamat, kedua-duanya masih akan bekerjasama dalam filem terbaharu berjudul Deeper sebuah naskah bergenre thriller supernatural berlatarkan lautan.

Terdahulu, Tom dan Ana mula mencuri tumpuan ramai apabila dilihat berpegangan tangan dalam percutian romantik di Woodstock, Vermont, Julai lalu sekali gus mengesahkan hubungan mereka yang sebelum itu menjadi teka-teki.

Sebelum itu, pasangan ini turut dilihat menghadiri konsert Oasis di Stadium Wembley dan menikmati masa santai menaiki bot di Menorca, Sepanyol.

Menurut Daily Mail, pelakon legenda itu dikenali sebagai seorang lelaki romantik yang gemar memberi kejutan istimewa kepada pasangannya.

Namun, hubungan itu mula kelihatan renggang sejak Ogos lalu, apabila kedua-duanya jarang kelihatan bersama di khalayak.

Sementara Tom kini sibuk dengan penggambaran projek filem baharu, Ana pula aktif menghadiri acara fesyen dan muzik. Pelakon kelahiran Cuba itu tampil bergaya di Paris Fashion Week serta bergambar mesra bersama beberapa rakan termasuk seorang lelaki misteri.

Meskipun kisah cinta mereka berakhir di pertengahan jalan, rata rata peminat memuji cara mereka menamatkan hubungan tanpa sebarang drama dan sindiran sebaliknya penuh kedewasaan dan rasa hormat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN