Tiga pelajar sekolah curi tabung surau

Tiga pelajar sekolah curi tabung surau

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Tiga remaja berusia 13 hingga 15 tahun diberkas pihak polis selepas mencuri duit tabung di surau Kampung Tanjung Sekawang, di sini, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, pengerusi surau berkenaan menyedari kejadian tersebut sebelum membuat aduan laporan polis pada 3 Oktober lalu. 

“Berdasarkan aduan yang diterima, tabung surau yang dicuri dianggarkan berisi wang berjumlah RM200.  Bertindak atas makluman, polis berjaya memberkas ketiga-tiga remaja berkenaan di lokasi berbeza sekitar Segamat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Zamry berkata, ketika ditahan, polis merampas tabung surau berkenaan yang dicuri daripada mereka dengan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan semua suspek kini ditahan reman di  bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi tujuan siasatan lanjut.

Ujarnya, ujian air kencing terhadap ketiga-tiga suspek mendapati negatif dan dua daripada mereka masih bersekolah.  – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN