LANGKAWI: Tiga buah feri penumpang yang sedang berlabuh di sebuah dermaga, di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi. Ketua Zon 4, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.29 pagi. “Setibanya di lokasi, kebakaran melibatkan tiga buah feri yang sedang marak membakar. Sebuah feri musnah 90 peratus, sebuah lagi hampir 70 peratus dan sebuah…










