Tidak wujud orang ketiga - Nubhan

Tidak wujud orang ketiga – Nubhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Penyanyi dan usahawan, Nubhan menolak dakwaan kononnya wujud orang ketiga yang menjadi punca pergolakan terhadap rumah tangganya.

Katanya, dakwaan itu hanya sekadar antara spekulasi yang ditimbulkan selepas berita dia melafazkan cerai terhadap isteri, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, tular.

“Itu tidak benar sama sekali. Saya faham, isu perceraian saya ini mengejutkan ramai pihak dan kerana itu, timbul banyak spekulasi berkaitannya.

“Orang bebas membuat apa sahaja tanggapan. Cuma saya minta hormati proses mahkamah yang sedang berjalan.

“Ini bukan perkara yang ringan untuk saya. Jadi Saya harapkan yang terbaik untuk kedua pihak,” katanya yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang di sini, tengahari tadi.

Penyanyi lagu Ada Untukmu itu berada di mahkamah pagi tadi bagi menghadiri prosiding pengesahan lafaz cerai dihadapan hakim, Ahmad Nazri Basrawi.

Nubhan dalam pada itu berharap agar semua pihak mendoakan yang terbaik agar proses mahkamah berjalan lancar.

“Saya reda dengan apa yang berlaku. Tinggal saja saya minta semua orang doakan kami. Saya tak dapat nak ulas lebih sebab ada banyak hati yang perlu saya jaga.

“Tiada siapa mahu perkara ini berlaku. Cuma saya tak boleh komen lebih kerana kes ini masih dibicarakan di mahkamah.

Dalam pada itu, peguam syarie mewakili Nubhan, Mohd Redzuan Ramli memaklumkan pihaknya akan sedaya upaya mencari jalan untuk mendamaikan pasangan suami isteri itu.

“Sesi tadi tamat pada pukul 12 tengah untuk mahkamah lakukan perbicaraan atau siatan terhadap lafaz cerai yang dibuat.

“Walaupun wujud sedikit bantahan, ia telah pun diselesaikan sebentar tadi. Insya-Allah, kes ini tak ada masalah untuk diselesaikan pada 2 Disember nanti. Saya dan anak guam sedang usahakan jalan perdamaian, Insya-Allah.

“Kita masih dalam usaha untuk mengharmonikan kedua pihak. Kita harap mereka capai keputusan damai agar mereka dapat teruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

Pada prosiding yang berlangsung pagi tadi, Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan sebagai tarikh perbicaraan bagi kes berkenaan.

Nubhan dalam prosiding tersebut selaku plaintif diwakili peguam syarie Mohd Redzuan Ramli, manakala pihak defendan Dr Afifah diwakili oleh peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Terdahulu, Akberdin mendedahkan Nubhan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada tahun 2017, namun pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh idah.

Menurutnya, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah yang didakwa berlaku dalam kereta pada 26 Ogos lalu.

Katanya lagi, perceraian kali ini berlaku secara baik tanpa sebarang konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham dalam rumah tangga.

Difahamkan, sejak kejadian itu pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN