Tiada unsur jenayah babit kehilangan anggota polis

Tiada unsur jenayah babit kehilangan anggota polis

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah dikesan berkaitan kes seorang anggota polis yang dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu sebelum ditemukan semula.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

“Siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian, setakat ini tiada sebarang unsur jenayah.

“Pihak polis akan maklumkan sebarang perkembangan sekiranya perlu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, buat masa ini, keutamaan adalah untuk menjaga privasi individu tersebut dan memastikan kebajikan dia serta keluarganya.

Kehilangan seorang anggota polis yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila lelaki berkenaan ditemukan selamat hari ini.

Anggota berusia 40 tahun itu dikesan kembali ke kuarters Balai Polis USJ 8 sekitar pukul 1.45 pagi ketika pergerakan kenderaan milik anggota tersebut memasuki kawasan kuarters balai.

Lelaki berkenaan, dikenali sebagai Mohd. Fadhil Mohamed @ Ahadiah, kali terakhir dilihat berada di rumahnya di kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, Jalan USJ 8 pada 15 Oktober.

Beliau dipercayai keluar dari kediaman berkenaan dengan memandu kereta Proton Saga hitam bernombor pendaftaran WC 8024 K. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN