Tetap tak akan guna nama mak ayah - Marsha Qistina - Utusan Malaysia

Tetap tak akan guna nama mak ayah – Marsha Qistina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Juara program Talk To My Manager (TTMM), Marsya Qistina enggan menggunakan populariti ibu ayahnya iaitu pasangan selebriti Liza Hanim dan Mohd Shahrin Mohd Samsudin sebagai batu loncatan untuk mencari tapak dalam dunia muzik tanah air.

Katanya, dia mahu diterima dalam bidang itu dengan kebolehan yang dimiliki dan bukan kerana populariti ibu bapanya.

“Sebenarnya, sebelum masuk pertandingan Talk To My Manager, saya selalu hadir uji bakat untuk menjadi penyanyi. 

“Ketika itu saya memang tak mahu orang tahu yang saya ini anak kepada Liza Hanim dan Mohd Shahrin.

“Hal itu kerana saya kalau boleh tak mahu dibanding-bandingkan dengan ibu bapa saya.

“Percayalah orang pasti membanding-bandingkan saya dengan ibu saya yang jauh lebih berpengalaman,” katanya.

Marsya pada konsert Grand Finale TTMM Ahad lalu diangkat sebagai juara dengan markah keseluruhan 84.83 peratus.

Dalam masa yang sama, anak sulung daripada lima beradik terus berharap agar diterima masuk dalam industri dengan membawa nama sendiri.

“Saya tetap tak akan guna nama mak ayah, mahu berdiri atas nama dan bakat sendiri,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN