Tetap setia walau dilukai - Hantaran Uqasha Senrose undang tanda tanya

Tetap setia walau dilukai – Hantaran Uqasha Senrose undang tanda tanya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rumah tangga pasangan selebriti popular tanah air, Uqasha Senrose dan Kamal Adli kembali menjadi bualan ramai apabila timbul spekulasi mendakwa hubungan mereka sedang bergolak.

Spekulasi tersebut tercetus apabila kedua-dua bintang berkenaan didapati tidak lagi saling mengikuti di platform media sosial.

Keadaan bertambah hangat apabila Uqasha memuat naik satu hantaran berbentuk luahan hati mengenai seorang wanita yang bertahan dalam perhubungan walaupun sering kali disakiti.

“Dia setia kerana itulah sifat dirinya, bukan sebab dia perlukan kamu. Dia tetap setia walau dia terluka. Dia ada walaupun awak tak sudi.

“Dia sentiasa pilih awak, walau awak berikan banyak alasan untuk berbuat sebaliknya. Dia tidak lemah, dia cuma berbeza.

“Kesetiannya bukan untuk kamu tapi cerminan hatinya, tapi jangan salah anggap dengan menyangka kesetiaannya sebab bergantung hidup dengan kamu.

“Dia boleh hidup tanpa kamu, cuma dia pilih untuk percaya kamu. Dia selalu beri lebih daripada apa yang dia dapat. Suatu hari nanti dia akan berhenti buat itu semua bukan kerana benci, tapi kerana kekuatan yang ada padanya disimpan dalam diam,” tulisnya di hataran tersebut.

Perkongsian penuh emosi itu mengundang pelbagai reaksi netizen, malah ada yang mengaitkan luahan tersebut dengan situasi rumah tangga yang mungkin sedang bergolak.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung perkara tersebut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama hubungan pasangan berkenaan menjadi perhatian. Sebelum ini, desas-desus mendakwa Uqasha hadir ke mahkamah syariah untuk memfailkan penceraian pernah tular, namun dinafikan oleh kedua-dua pihak.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN