Pementasan teater Sungai Mengalir Lesu (SML) yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Sasterawan Negara (SN) Datuk Seri A Samad Said, wajar dilihat sebagai meneruskan usaha penggiat teater tanah air mengangkat novel karya agung untuk dinikmati khalayak sastera. Sehingga kini puluhan karya diangkat ke pentas teater melibatkan genre puisi, novel, cerpen dan drama. Karya-karya agung ini diterbitkan dalam naskhah yang berat dan hanya peminat tegar sastera…