JOHOR BAHRU: Tiga wanita warga Laos dan seorang Filipina ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan kegiatan tidak bermoral iaitu menawarkan perkhidmatan seks di bandar raya ini. Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, kesemua yang ditahan menawarkan khidmat seks melalui aplikasi Telegram dengan bayaran RM230. Katanya, kegiatan itu terbongkar menerusi Op Gegar yang dijalankan terhadap sebuah hotel bajet di Kebun Teh di sini pada pukul…