PETALING JAYA: Amalan rasuah dalam perkhidmatan awam perlu ditangani lebih serius apabila seramai 2,527 penjawat awam ditahan dengan nilai keseluruhan rasuah dikesan mencecah RM15.88 bilion dalam tempoh lima tahun sejak 2020 hingga Ogos lalu. Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semua penjawat awam terlibat dikesan melakukan pelbagai kes rasuah dan salah guna kuasa serta kedudukan. Lebih membimbangan, terdapat penglibatan pegawai tertinggi berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan menggambarkan…