Tapak penjaja, bazar dimonopoli warga asing digempur

Tapak penjaja, bazar dimonopoli warga asing digempur

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tapak penjaja pasar malam dan bazar malamyang dipercayai menjadi tumpuan warga asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang berselindung di sebalik Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam.

Serbuan di Klang dan Kajang Selangor itu dilakukan sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Depot dan Tahanan, Ibu Pejabat JIM Putrajaya.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pasukan operasi dengan kekuatan 90 pegawai pelbagai pangkat telah diatur gerak ke lokasi atas aduan awam.

Katanya, operasi dilaksanakan hasil risikan selama seminggu.

“Seramai 884 individu terdiri daripada warganegara asing dan warganegara tempatan.

“Hasil pemeriksaan, seramai 97 warganegara asing yang terdiri daripada 72 lelaki dan 25 perempuan telah ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya,  kesemua mereka ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) dan Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). 

“Kesemua yang ditahan berusia di antara 18 hingga 62 tahun dan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Beranang dan KLIA untuk siasatan dan tindakan lanjut,” jelasnya.

 Zakaria menegaskan, JIM tidak akan berkompromi terhadap warganegara asing yang menjalankan perniagaan secara haram, tinggal lebih masa dan yang menyalahgunakan pas di negara ini. 

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji dan melindungi PATI,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN