PETALING JAYA: Keanggotaan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berakhir selepas kedua-duanya menyatakan keputusan untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perkara itu disuarakan Presiden kedua-dua parti berkenaan pada Mesyuarat Majlis Presiden GRS dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS semalam. Katanya, mesyuarat itu mendengar hasrat Presiden STAR,…