Suspek tikam pelajar perempuan didakwa esok

Suspek tikam pelajar perempuan didakwa esok

JABATAN PEGUAM NEGARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki yang didakwa menikam seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun hingga maut di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.

Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, tindakan pendakwaan akan dibuat selepas pihaknya meneliti kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan mendapati terdapat asas yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadap seorang pelajar lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Sehubungan itu, jabatan ini memutuskan untuk mendakwa pelajar terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana kesalahan membunuh,” katanya.

Dalam kejadian pada 14 Oktober lalu, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam tandas di sekolah berkenaan selepas disyaki ditikam berulang kali oleh suspek yang juga merupakan rakan sekolah mangsa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dilaporkan berkata, laporan bedah siasat yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati punca kematian mangsa disebabkan jumlah tikaman berulang kali pada bahagian dada dan leher. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN