Sumud Flotilla tiba di zon risiko tinggi, aktiviti dron meningkat

Sumud Flotilla tiba di zon risiko tinggi, aktiviti dron meningkat

HANTARAN terbaharu GSF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Misi Global Sumud Flotilla (GSF) sudah pun tiba di zon paling kritikal sekitar 100 batu nautika dari pesisir pantai Gaza, awal pagi ini.

Sebaik memasuki zon itu, GSF melalui hantaran terbaharunya di Instagram memaklumkan bahawa aktiviti dron terhadap semua 46 kapal yang mengikuti misi memecahkan kepungan di Gaza, meningkat.

Menurutnya, semua peserta kini berada dalam keadaan berjaga-jaga pada tahap tertinggi susulan aktiviti dron di kapal masing-masing.

“Beberapa laporan menunjukkan pelbagai kemungkinan akan berlaku dalam beberapa jam akan datang ini.

“Kami kini telah memasuki zon berisiko tinggi, kawasan di mana flotilla sebelum ini telah diserang atau dipintas,” katanya hari ini.

Kedudukan terbaharu kapal-kapal GSF mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko termasuk serangan agresif daripada tentera negara haram Israel sama ada menggunakan dron atau serbuan taktikal oleh komandonya.

GSF yang sedang berlayar menuju ke Gaza kini disertai oleh 46 kapal membabitkan 42 negara dengan disertai oleh 400 peserta termasuk 34 rakyat Malaysia.

Mereka dijangka tiba di Gaza esok sekiranya misi kemanusiaan yang membawa pelbagai bantuan itu tidak diganggu atau disekat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN