PENDANG: Sebuah keluarga di Kampung Alor Ali di sini, nekad tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) walaupun rumah mereka dinaiki air mencecah kira-kira satu meter. Mereka sudah terbiasa dengan banjir termenung termasuk kejadian dua tahun lalu yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di PPS selama sebulan. Mahmud Che Nan, 62, dan isteri, Mahtom Hashim, 57, bersama tiga anak berusia 18 hingga 28 tahun lebih selesa berada di tingkat atas rumah…









