STEM Madani pupuk minat sains murid B40

STEM Madani pupuk minat sains murid B40

PESERTA yang mengikuti program STEM Madani 2025 di Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong, George Town, Pulau Pinang baru-baru ini bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenangan.– UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) dan cabang korporatnya, Usains Holding Sdn. Bhd. (Usains) baru-baru ini menganjurkan satu program khas yang dikenali sebagai program Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Madani 2025 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nibong, George Town, Pulau Pinang.

Program yang diadakan selama sehari itu secara keseluruhannya mendapat sambutan yang sangat baik apabila ia disertai oleh seramai 320 murid Tahun Empat hingga Tahun Enam, termasuk 81 murid yang dikategorikan kurang berkemampuan atau daripada keluarga B40.

Difahamkan, penganjuran kali ini bertujuan mencetuskan minat murid terhadap bidang STEM menerusi kaedah pembelajaran yang menyeronokkan serta berasaskan pengalaman amali.

Menurut Penyelaras Felo Penyelidik Kanan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM, Prof. Madya Dr. Shaik Abdul Malik Mohamed Ismail, program tersebut bermatlamat untuk memupuk minat murid kurang mampu terhadap STEM atau bidang berkaitan sains khususnya.

Beliau berkata, usaha tersebut adalah sebahagian daripada matlamat pendidikan Madani iaitu untuk memberi peluang saksama kepada semua murid tanpa mengira latar belakang sosioekonomi keluarga mereka.

“STEM Madani bukan sekadar satu program, tetapi ia juga adalah peluang untuk mencetuskan imaginasi, kreativiti dan laluan pertumbuhan generasi muda agar mereka lebih celik sains dan bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan,” katanya ketika ditemui pada program tersebut, baru-baru ini.

Menerusi program berkenaan, penekanan diberi kepada aktiviti praktikal serta pengalaman pembelajaran interaktif yang dekat dengan dunia sebenar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN