BERA: Tasik Bera, Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) pertama di Malaysia kini berdepan ancaman serius akibat perubahan landskap, pencerobohan ekosistem semula jadi dan pengurusan yang longgar. Tasik air tawar semula jadi terbesar di Semenanjung itu bukan sahaja menanggung tekanan pemburuan haram, malah kawasan hutan paya gambut dan tanah lembap yang menjadi habitat hidupan liar semakin gondol akibat kerja-kerja pembersihan secara keterlaluan. Mingguan Malaysia pada Februari lalu melaporkan bahawa Tasik Bera…