PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan Datuk Seri Dr. Jeffrey Gapari Kitingan bagi membantu siasatan berhubung pendedahan video terbaharu oleh ahli perniagaan, Alber Tei. Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya juga sudah memanggil pegawai-pegawai Timbalan Ketua Menteri Sabah itu, namun akan menghubungi sendiri Alber Tei. Katanya, siasatan berhubung video tersebut masih dijalankan dengan setakat ini lebih 10 keterangan saksi sudah diambil. “Datuk…