SNCC tak dapat pastikan situasi akhir kapal Mikeno dinaiki Ardell Aryana

SNCC tak dapat pastikan situasi akhir kapal Mikeno dinaiki Ardell Aryana

flotilla
Kapal tentera laut Israel mengiringi salah sebuah bot misi Global Sumud Flotilla yang mereka pintas ke pelabuhan Ashdod. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri memaklumkan bahawa Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) masih tidak dapat memastikan situasi sebenar kapal Mikeno dinaiki selebriti, Ardell Aryana.

Menerusi kenyataan ringkas di Facebook, Nadir memberitahu sistem Automatic Identification System (AIS) kapal berkenaan kelihatan berada dalam kawasan perairan Gaza, namun pergerakannya tidak menepati pergerakan biasa sebuah kapal layar.

“Maklumat paling sahih berkenaan Mikeno ialah CC GSF tak dapat memastikan situasi akhirnya. Menurut ‘tracker’ dan sistem AIS ia kelihatan berada dalam kawasan perairan Gaza, tetapi ‘route’ nya tidak menepati pergerakan biasa kapal layar,” katanya.

Jelas Nadir, penduduk di Gaza juga tidak dapat melihat kapal berkenaan dari kawasan pantai.

Pada masa sama, beliau turut meminta semua pihak agar tidak khuatir kerana kesemua peserta terbabit berada dalam keadaan selamat.

“Bot berada di lokasi tetapi tak dapat dipastikan sama ada peserta masih berada di dalamnya. Penduduk di Gaza pun tak dapat melihat bot ini dari pantai.

“Apa pun, tak perlu bimbang kerana InsyaAllah mereka semua selamat. Kalau bot ni betul dapat cecah pantai Gaza, saya isytiharkan Ardell sebagai wali Gaza baru dekad ini,” ujarnya.

Menurut Nadir, Mikeno dinaiki peserta dari Brazil, Turkiye, Belanda, Norway, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Malaysia.

Terdahulu, Ardell menerusi video siaran langsungnya sempat berkongsi situasi cemas apabila bot dinaikinya dihampiri tentera Israel.

“Kami baru sahaja diserang tentera Israel, mereka guna kapal besar, tembak kami dengan pancutan air yang seakan-akan air bomba. Mereka serang kapal kami yang kecil. Ini saat-saat akhir saya pegang telefon. Tolong sebarkan live S.O.S.,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN