SNCC ramal lebih banyak misi seperti GSF pada masa depan

Lebih banyak misi seperti GSF pada masa depan selagi Gaza tidak bebas cengkaman Israel

SANI Araby Abdul Alim Araby ketika sidang media Misi Global Sumud Flotila Sumud Nusantara di SNCC, Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) meramalkan lebih banyak misi kemanusian seperti Global Sumud Flotilla (GSF) pada masa hadapan selagi Gaza tidak dibebaskan dari cengkaman Israel.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, selagi Gaza terus dinafikan kebebasan dan rakyatnya berdepan kebuluran, dunia pasti akan bangkit sebagai isyarat bahawa perjuangan membebaskan Palestin belum berakhir.

“Saya kira bukan gelombang kedua dan gelombang ketiga boleh jadi akan berlaku gelombang yang berterusan.

“Jadi kita bukan saksikan desakan kuat daripada aktivis kemanusiaan sahaja sebaliknya menerusi pentas lebih besar seperti di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

“Landskapnya itu agak panas di mana Columbia juga terus menerus buat aksi yang saya kira diperlukan.
Mereka ada hubungan langsung dengan Israel dan mereka memutuskan dan menghalau diplomat Israel dari negara mereka,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Katanya, masing-masing telah memainkan peranan dan beliau secara peribadi terkejut kerana ia berlaku dalam sejarah moden ini.

Sani Arabi berkata, ini adalah satu perkembangan yang baik dan ia harus dilihat sebagai sokongan kepada Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

GSF yang disertai lebih 400 aktivis dari pelbagai negara dilaporkan berlepas dari Barcelona bulan lalu dengan matlamat mencabar sekatan Israel serta menghantar bekalan ke Gaza.

Namun, pasukan tentera laut Israel memintas kesemua kapal terbabit di perairan antarabangsa sebelum menunda mereka ke pelabuhan di Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN