SMK Majakir ungguli Nyanyian Duet Kebangsaan 2025

SMK Majakir ungguli nyanyian duet Pertandingan Nyanyian Duet Peringkat Kebangsaan 2025

Imelda Jinawin (tengah) bergambar bersama Marycia Eligius (kiri) dan Velvet Fidora setelah muncul sebagai juara pertandingan nyanyian di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Majakir, Papar, Sabah mengharumkan negeri apabila berjaya muncul juara Pertandingan Nyanyian Duet Tingkatan 6 Peringkat Kebangsaan 2025 setelah berlangsung di Kolej Vokasional 2, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

Pasangan duet berbakat besar, Marycia Eligius dan Velvet Fidora, berjaya memukau juri serta penonton dengan persembahan penuh bertenaga dan harmoni, membolehkan mereka dinobatkan sebagai johan pertandingan nyanyian duet peringkat Kebangsaan 2025.

Mereka turut meraih Anugerah Persembahan Terbaik, manakala Marycia Eligius diumumkan sebagai penerima Anugerah Vokal Perempuan Terbaik.

Guru pengiringnya, Imelda Jinawin bersyukur dan bangga atas dedikasi serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pelajarnya.

“Kemenangan ini adalah hasil kerja keras, latihan berterusan dan semangat juang yang tidak pernah luntur. Mereka bukan sahaja berbakat, tetapi juga berdisiplin serta saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Pertandingan tersebut menghimpunkan peserta seluruh negara dengan objektif mencungkil bakat seni suara pelajar sekolah menengah Tingkatan 6 serta memperkukuh semangat perpaduan melalui aktiviti seni dan budaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN