Sindiket proses arak haram tumpas, rugi nilai cukai RM1.1 juta

Sindiket proses arak haram tumpas, rugi nilai cukai RM1.1 juta

SITI Mang menunjukkan arak yang dirampas pada sidang akhbar JKDM di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Dengkil. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Satu sindiket pemprosesan minuman keras secara haram berjaya ditumpaskan selepas premis tidak berlesen diserbu melibatkan nilai rampasan termasuk duti eksais dan cukai berjumlah lebih RM1.1 juta.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan & Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Siti Mang berkata, pihaknya menjumpai 8,869.40 liter minuman keras di dalam botol-botol yang dilekatkan dengan label minuman keras.

Katanya, pihaknya turut menyita peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses minuman keras secara haram dalam serbuan dilaksanakan pada 15 Oktober lalu di sebuah gudang di kawasan perindustrian Rawang, Selangor.

“Sebanyak enam buah tong berisi cecair disyaki etanol (bahan utama penghasilan minuman keras), empat gulung setem cukai Kastam disyaki palsu, lapan palet peralatan pembungkusan minuman keras dan tiga buah mesin pemasang penutup, pelekat label pelbagai jenama serta kotak bungkusan berlabel jenama minuman keras.

“11 orang individu warganegara asing berumur 30 hingga 40 tahun ditahan hasil serbuan tersebut dan direman selama 14 hari,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia, Dengkil, hari ini.

Katanya, modus operandi sindiket tersebut adalah menggunakan premis tanpa papan tanda di kawasan perindustrian sebagai pusat memproses, mengilang dan menyimpan minuman keras sebelum diedarkan ke pasaran tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN