Siasatan kes murid meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di sekolah selesai

Siasatan kes murid meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri di sekolah selesai

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung kes kematian murid lelaki tahun empat yang ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah tandas sekolah di Senawang, di sini, 1 Oktober lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kertas siasatan telah lengkap dan telah dirujuk ke pejabat peguam negara (AGC) untuk mendapatkan arahan serta pandangan selanjutnya sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, sejak kes berkenaan dilaporkan, pihaknya sudah menjalankan siasatan menyeluruh melibatkan pelbagai elemen kepakaran termasuk Unit Sains Tingkah Laku (D11) dan Unit Siasatan Forensik (D10) dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

“Hala tuju siasatan selain melihat jika ada unsur jenayah dalam siasatan mati mengejut (SDR), siasatan turut merangkumi aspek kemungkinan berlakunya insiden buli atau sebaliknya.

“Setakat inI sebanyak 49 keterangan saksi yang mempunyai kaitan langsung dan tidak langsung dengan kes ini telah diambil oleh pihak polis bagi melengkapkan keseluruhan siasatan,” katanya hari ini.UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN