Semoga Allah lindungi awak- Nadzmi Adhwa tunggu kepulangan Ardell

Semoga Allah lindungi awak- Nadzmi Adhwa tunggu kepulangan Ardell

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Semoga Allah lindungi awak. Allah dengar doa kita. Sudah dapat jawapan, sekarang fokus untuk bebaskan semua pejuang kita,”

Demikian reaksi pelakon, Nadzmi Adhwa ,32,selepas mendapat khabar mengenai keadaan isterinya, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, 35, yang kini menyertai pelayaran misi kemanusiaan ke Gaza.

Difahamkan, Ardell bersama sukarelawan lain telah ditahan secara tidak sah oleh tentera rejim Israel selepas kapal yang dinaikinya, Mikeno, berjaya dikesan.

Kapal berkenaan sebelum ini berada di barisan hadapan konvoi Global Sumud Flotilla berbanding kapal-kapal lain.

Kehilangan komunikasi selama beberapa jam menimbulkan kebimbangan ahli keluarga serta warganet yang menunggu perkembangan misi tersebut.

Kapal Mikeno sepatutnya tiba lebih awal, namun selepas melepasi jangkaan masa, timbul desas-desus bahawa aktivis berkenaan telah ditahan pada semalam.

Bagaimanapun, menerusi hantaran di Threads, Nadzmi tampil menenangkan keadaan dengan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

“Tolong jangan sebarkan info yang salah. Saya menerima khabar bahawa tiada sebarang penyiksaan atau tembakan berlaku.

“Mereka semua selamat, cuma masih ditahan. Kita teruskan berdoa, serah pada Allah. Hasbunallah wanikmal wakil.

“Allah bersama orang-orang yang sabar. Korang kena tenang sebab Ardell pun tenang. Insya-Allah Ardell akan pulang pada kita semua,” ujarnya dalam hantaran, semalam.

Suami kepada aktivis itu turut merayu agar rakyat Malaysia terus memberi doa dan semangat kepada barisan pejuang yang terlibat dalam misi kemanusiaan tersebut.

Terdahulu media melaporkan, semua peserta ditahan akan dibawa ke penjara Israel untuk tempoh tertentu sebelum dihantar pulang ke negara masing-masing.

Sebelum ini, tentera Israel menahan lebih 300 orang daripada 497 aktivis termasuk 23 rakyat Malaysia, Ardell Aryana, Zizi Kirana, Heliza Helmi, Hazwani Helmi yang menyer­tai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selepas kapal mereka dipintas ketika dalam pelayaran menuju ke Gaza di Laut Mediterranean semalam. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN