Selangor kembali pada landasan kemenangan

Selangor kembali pada landasan kemenangan

PEMAIN Selangor FC, Alvin Fortes (kanan) diasak oleh pemain Imigresen FC (IFC), Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam aksi Liga Super di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN : Selangor FC kembali berada pada landasan kemenangan selepas membenam cabaran Imigresen FC (IFC) 3-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Batu Kawan di sini, sebentar tadi.

Bermula seimbang, pelawat bagaimanapun dilihat lebih banyak menguasai perlawanan khususnya pada babak awal permainan menerusi kapten mereka, Faisal Halim.

Tuan rumah yang sesekali melancarkan serangan juga beroleh peluang keemasan, namun, ketumpulan jentera serangan menggagalkan hasrat anak-anak buat Yusri Che Lah itu untuk mendapatkan gol.

Masuk babak kedua, skuad Gergasi Merah dilihat lebih agresif dengan mengatur serangan bertali arus ke kubu IFC untuk memburu jaringan.

Hasilnya, penyerang import mereka, Alvin Fortes berjaya memanfaatkan lorongan cantik Faisal dalam kotak penalti sebelum merembat kencang ke arah gawang Mighty Tigers untuk gol pertama pelawat pada minit ke-55.

Gol tersebut bagaimanapun hanya bertahan 10 minit apabila pemain gantian IFC, Eduardo Sosa melakukan rembatan kencang kaki kiri yang melencong cantik sebelum menerjah ke gawang Selangor untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pelawat kemudian menggandakan asakan dan kembali di depan menerusi sentuhan penyudah cemerlang oleh Chrigor Moraes pada minit ke-67.

Faisal seterusnya menambah derita tuan rumah dengan gol ketiga pada minit ke-70 sekali gus menyukarkan IFC untuk kembali bangkit merapatkan kedudukan.

Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Selangor berjaya membawa pulang tiga mata selepas tewas dalam aksi terakhir Liga Super kepada Kuching FC 0-1, 21 September lalu.

Selain kekalahan tersebut, Selangor juga tewas dua kali dalam aksi peringkat kumpulan Piala AFC yang berlangsung pada 18 September dan 1 Oktober lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN