PETALING JAYA: Ruang harus diberikan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung insiden tikaman maut melibatkan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi. Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo berkata, kejadian tragik itu amat mengejutkan dan tidak sepatutnya berlaku di mana-mana institusi pendidikan yang seharusnya menjadi tempat selamat bagi proses pembelajaran dan pembentukan sahsiah pelajar. “Kes tikaman maut remaja perempuan ini amat mengejutkan. Tiada…