Saya usaha sendiri - Alyssa Dezek - Utusan Malaysia

Saya usaha sendiri – Alyssa Dezek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon remaja, Alyssa Dezek, mengakui wujud segelintir pihak mempersoalkan kejayaannya dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini dengan mendakwa diperoleh kerana ‘kabel’ dan bukan hasil usaha sendiri.

Bagaimanapun, Alyssa, 17, menegaskan tuduhan itu tidak benar dan dia tetap berpegang pada prinsip bahawa kejayaan hanya akan datang melalui usaha, disiplin dan kesungguhan belajar.

“Saya tahu ada yang persoalkan keputusan saya, kononnya sebab kabel. Tapi saya percaya pada usaha sendiri.

“Walaupun sibuk dengan penggambaran dan kerjaya seni, saya tetap cari masa untuk belajar,” katanya ketika ditemu bual oleh Pakar SPM PTTI, Sir Race.

Alyssa yang memperoleh 6A dalam peperiksaan percubaan SPM berkata, kejayaan itu dicapai hasil bimbingan kelas dalam talian PTTI, platform pendidikan digital yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai ‘Most Straight A SPM Students in a Tuition (2024)’.

Menurutnya, sebelum mengikuti bimbingan PTTI, markah yang diperoleh dalam subjek teras agak sederhana, namun peningkatan ketara berlaku selepas mengikuti sesi pembelajaran interaktif dan teknik menjawab soalan yang disediakan.

“Daripada keputusan biasa-biasa, saya belajar cara yang betul dan akhirnya berjaya dapat A. Saya bersyukur kerana PTTI banyak bantu saya, walaupun belajar secara dalam talian,” katanya.

Menjadikan kejayaan itu sebagai motivasi, Alyssa kini menyasarkan keputusan ‘straight A’ dalam peperiksaan SPM sebenar, sekali gus membuktikan bahawa pelajar aktif seni juga mampu cemerlang dalam akademik.

“Saya nak buktikan, siapa pun kita, kalau ada usaha dan disiplin, kejayaan tetap boleh dicapai,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN