KUALA TERENGGANU: Gara-gara mahu mengelak kenderaan disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang pemilik lori sanggup membakarnya dalam kejadian di hadapan Sekolah Kebangsaan Padang Air, Kuala Nerus, dekat sini, hari ini. Pengarah JPJ Terengganu, Zamri Samion berkata, kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu berlaku ketika pasukan rondaan JPJ mengesan lori berkenaan yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas. Katanya, pemeriksaan mendapati lori itu dipandu remaja bawah umur dan Lesen Kenderaan Motor…