PETALNG JAYA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Jepun dan Korea Selatan dalam masa terdekat.
Trump berkata, ketiga-tiga negara itu merupakan lokasi paling sesuai dikunjungi
“Kami fikir ia adalah tempat yang sesuai untuk bertemu. Saya akan berada di Malaysia, saya akan berada di Jepun,” katanya semasa sidang akhbar di Rumah Putih, lapor agensi berita Kyodo.
Pada masa sama, Trump menyatakan hasrat untuk terus ‘bersikap baik terhadap China’, meskipun ketegangan perdagangan antara AS dan China kembali meningkat.
Trump dijangka bertemu Presiden China, Xi Jinping di Korea Selatan, minggu depan. Beliau turut menghargai hubungannya dengan Jin Ping. – UTUSAN