Ribut: Tujuh kes pokok tumbang di Pulau Pinang

Ribut: Tujuh kes pokok tumbang di Pulau Pinang

Anggota bomba dan penyelamat membersihkan kawasan pokok tumbang di sekitar Paya Terubong, Pulau Pinang, hari ini.-IHSAN/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Hujan lebat disertai angin kencang dan ribut yang melanda beberapa kawasan di negeri ini sejak awal pagi tadi mengakibatkan tujuh kejadian pokok tumbang termasuk yang menghalang lalu lintas dan menghempap kabel elektrik.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, John Sagun Francis, kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 6 hingga 8 pagi.

Katanya, antara kawasan yang terjejas ialah berhampiran Paya Terubong, Kem Sungai Ara, Jalan Bukit Lama Balik Pulau, Jalan Tun Sardon, Taman Lip Sin dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Balik Pulau.

Katanya, turut terjejas ialah beberapa kawasan di Seberang Perai termasuk Padang Benggali, Teluk Air Tawar, serta kawasan-kawasan yang berhampiran

”Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemotongan serta pengalihan pokok bagi memastikan laluan kembali selamat digunakan orang awam,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, kejadian dipercayai berpunca daripada cuaca hujan lebat dan tiupan angin kuat yang melanda negeri itu sejak awal pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN