Reman pelajar terbabit kes tikam disambung

Reman pelajar terbabit kes tikam disambung

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tempoh reman seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan kes tikam di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama di sini, tamat esok.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, tahanan reman itu akan disambung buat kali kedua di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 8 pagi esok.

Katanya, setakat ini, sebanyak 148 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kali pertama kepada Timbalan Pendakwa Raya esok untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, remaja itu direman tujuh hari selepas Majistret, Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah itu dengan membenarkan permohonan daripada pihak polis.

Suspek yang juga pelajar tingkatan satu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.10 pagi 13 Oktober lalu, mangsa yang berusia 16 tahun ditemukan berlumuran darah akibat kecederaan dengan beberapa kesan tikaman pada badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN