Pelakon Razak Ahmad bergelar Datuk

Pelakon Razak Ahmad bergelar Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon berpengalaman, Razak Ahmad membawa gelaran Datuk selepas dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kurniaan itu diberikan kepada pelakon berkenaan sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Pahang sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-66 Sultan Pahang selasa lepas.

Razak dalam satu hantaran di Instagram menyifatkan penganugerahan itu bukan sekadar satu pengiktirafan peribadi, tetapi juga satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh integriti, tanggungjawab dan dedikasi.

“Saya menerima gelaran ini sebagai dorongan untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa, dan negara dengan lebih tekun dan ikhlas,” katanya di Instagram.

Razak dalam kenyataan sama turut meluahkan penghargaan kepada keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa mendoakan beliau.

“Tiada kejayaan yang datang tanpa kerjasama, kepercayaan dan kasih sayang dari insan-insan yang hebat di sekeliling saya.

“Semoga terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya,” tulisnya.

Kegembiraan pelakon itu turut dirasai rakan industri yang meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen hantaran tersebut.

“Masya-Allah, tabarakallah. Alhamdulillah syukur segala puji bagi Allah. Tahniah sahabat, adik, rakan seperjuangan. Moga Allah kabulkan segala doa serta hajat-hajat yang baik buat mu,” tulis pelakon Liza Abdullah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN