Raja Permaisuri Agong memandang serius kejadian rogol

Raja Permaisuri Agong memandang serius kejadian rogol di sekolah

RAJA Zarith Sofiah menerima mengadap Fadhlina Sidek di Istana Negara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan pelbagai pandangan antaranya mengenai pendidikan disiplin, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengaruh media sosial terhadap murid serta pelajar sekolah.

Raja Zarith Sofiah menzahirkan pandangan itu selepas menerima mengadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Istana Negara hari ini.

Raja Permaisuri Agong bertitah memandang serius kejadian rogol yang dilaporkan berlaku di sebuah sekolah di Alor Gajah, Melaka baru-baru ini.

Pada sesi mengadap selama hampir dua jam, Seri Paduka turut berkenan menzahirkan pelbagai pandangan, antaranya mengenai pendidikan disiplin, peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengaruh media sosial terhadap murid serta pelajar sekolah.

Raja Permaisuri Agong turut mengimbau pelancaran kempen TinDak (Tindak Demi Anak Kita) di bawah kelolaan Johor Women’s League (JEWEL) pada Mei 2017.

Kempen itu memfokuskan perlindungan kanak-kanak daripada penganiayaan serta gangguan seksual.

“Kementerian Pendidikan boleh melihat kepada keberkesanan modul di bawah kempen TinDak dalam usaha mewujudkan persekitaran sekolah lebih selamat serta penglibatan secara bersama ibu bapa.

“Saya juga akan membantu dalam perkara ini selain menitahkan Universiti Teknologi Malaysia menjalankan satu kajian mengenai pengaruh media sosial ke atas murid dan pelajar.

“Sekolah juga perlu sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan penggunaan internet serta media sosial di rumah dan sekolah, serta menilai semula cara untuk seiring bersama arus masa kini,” titah Seri Paduka.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN