KLANG: Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dalam satu Istiadat Pernikahan Diraja di Istana Alam Shah di sini, semalam. Istiadat di Masjid Istana Diraja itu disempurnakan Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir di hadapan dua saksi, Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Tengku Indera Pahlawan Diraja, Tengku Datuk Putra…