IPOH: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak akan mengambil sampel air Sungai Perak di Kampung Sungai Papan, Gerik bagi mengenal pasti punca perubahan warna air sungai yang bertukar kebiruan dan disyaki tercemar. Pengarahnya, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, punca sebenar perubahan warna air hanya dapat diketahui selepas sampel air sungai dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Katanya, pegawai penyiasat telah ke lokasi sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu, namun…