Polis siasat dakwaan pelajar tikam kerana cinta ditolak 

Polis siasat dakwaan pelajar tikam kerana cinta ditolak 

ANGGOTA polis membawa keluar mayat pelajar tingkatan 4 yang mati ditikam dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Selangor hari ini.-UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siasatan polis membabitkan kes tikam pelajar perempuan berusia 16 tahun sebuah sekolah menengah dilakukan secara menyeluruh termasuk menjurus dakwaan cinta suspek ditolak mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, dakwaan yang tersebar di media sosial turut berada dalam sudut siasatan pihaknya namun perlu diteliti lanjut.

“Proses siasatan masih lagi berjalan dan dilakukan secara menyeluruh. Namun apa sahaja maklumat perlu diteliti dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Shamsudin berkata, satu pasukan siasatan berhubung kejadian itu membabitkan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya akan ditubuhkan dengan dibantu pasukan forensik dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. 

Katanya, siasatan secara teliti dan menyeluruh membabitkan pelbagai aspek termasuk siasatan di lokasi, merakam keterangan dan mengumpul bukti berkaitan. 

“Kita masih menjalankan proses rakaman keterangan pelajar bagi membantu siasatan, kalau boleh kita mahu menyelesaikan perkara ini secepat mungkin,” jelasnya.

Beliau berkata, suspek berusia 14 tahun, manakala mangsa berusia 16 tahun dan kedua-dua mereka belajar di kelas peralihan masing-masing di Tingkatan Satu dan Tingkatan Tiga. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN